Sunday 3 March 2013

Nukilan Buat Sahabat (◡‿◡✿)


Ya Allah Terima Kasih kerana mengurniakan daku sahabat-sahabat yg memahami diri ini..
Sahabat yang mengambil berat tentang diri ini…
Sahabat yang membantu sahabatnya di saat sahabatnya berada dalam kesulitan ,
bersama merasai kesedihan, memberi semangat untuk terus berjuang, juga disaat gembira supaya kegembiraan tersebut tidak melekakan sahabatnya dan bersyukur kepada-Mu yang telah menentukan segala suratan buat hamba-Mu yang daif ini….
Alhamdulillah, Syukur kerana di sisi ku sentiasa ada yang berdamping dengan ikhlas tanpa sebarang niat tersirat demi ukhuwah fillah yang dibina atas nama saudara seIslam yang sentiasa ada untuk sahabat yang memerlukan tanpa sebarang alasan dikala susah mahupun senang demi sahabatnya…

Seorang sahabat yang membina persahabatan atas nama Ukhuwwah Islam akan sentiasa menjaga segala perihal sahabatnya, segala kekurangan mahupun keaiban temannya sedaya upaya disimpan kemas sebagai mana menjaga keaiban sendiri…
Sesungguhnya Allah akan menutup keaiban seseorang itu apabila dia menutup keaiban saudara seIslam nya, dan Allah akan membuka keaibannya  di akhirat kelak seandainya dia membuka keaiban saudaranya.
Seorang sahabat yang menjadi pendengar setia dikala sahabatnya bergembira mahupun bersedih akan menjaga segala rahsia sahabatnya dengan amanah, walau disaat terjadinya sengketa, amanah tersebut tetap dijaga rapi..

Sahabat.
Seorang yang amat penting buat semua makhluk di dunia ini..
Berkawan biar beribu, walau seramai mana pun kawan, tetap akan ada istilah “kawan makan kawan”
akan tetapi serang sahabat yang sebenar tidak akan sesekali menikam sahabatnya dari belakang..

Persahabat yang tulus amat manis jika di bina atas dasar ukhuwah islamiah..
Sahabat yang benar-benar bersahabat kerana Allah amatlah susah untuk dicari kerana sahabat tersebut akan sentiasa bersama sahabatnya walau dalam apa jua keadaan hingga ke akhir hayat..

Alhamdulillah Ya Allah kerana mengurniakan daku sahabat-sahabat yang baik disisiku..
Mungkin kami berpisah dengan jarak, atas dasar menuntut ilmu demi mendalami agama,
Persahabatan yang terbina selama ini tetap kekal di hati kami kerana ukhuwah yang terjalin tidak dapat di putuskan oleh jarak yang menghalang pertemuan kami..
Sejauh mana pun jarak kami, ukhuwah yang terbina tetap kekal selagi mana doa buat sahabat tidak putus.
Dan sekarang, dikala jarak memisahkan kami buat seketika,
Kau hadirkan sahabat-sahabat mendampingiku, menamani, mendukung, menyokong,
membantu, menjadi pendengar dan memberi nasihat dikala sahabatnya ini dalam kesulitan.
Alhamdulillah. Syukur daku sentiasa didampingi sahabat-sahabat yang berUkhuwwah Lillahi Taala..
M0ga sahabat-sahabatku sentiasa di dalam perlindungan-Nya yang Maha Esa. Aamiin~





(◡‿◡✿) Terima Kasih Sahabat.

[Sahabat yang dikenali saat menjejakkan kaki ke alam persekolahan]
ღ♡ღ  Buat sahabat yang bergelar Huffaz di DQ – Sal
                 ✿ Kuatkan tekad, semoga berjaya bergelar seorang Hafizah 30 Juzu’ & Berjaya menggapai impian.
              
[Sahabat yang dikenali pabila menginjak ke usia Remaja di sekolah Menengah]
ღ♡ღ  Buat sahabat yang kini berada di Jordon – Ai
                ✿ Teruskan jihad mu dalam menuntut ilmu Allah dan mendalami Islam.

[Sahabat yang ku kenal pabila menjejakkan kaki ke Alam U]
ღ♡ღ  Buat sahabat ku yang telah memberi inspirasi untuk mencoret tentag sahabat di sini – N.L
                ✿ Terima Kasih untuk perkongsian yang amat berharga itu;
                ✿ Terima Kasih kerana menjadi pendengar luahan hati ini;
                ✿ Terima Kasih mempercayai diri ini meluahkan rasa hati;
                ✿ Terima Kasih atas segala nasihat yang diberikan..

                                         ❤ Tulus Ikhlas coretan dari hati buat sahabat-sahabatku:
                                                                                                         . addinnadeen .

2 comments:

  1. Assalamualaikum nadeen..ni kak ana..^^ moga sentiasa dalam redha Allah

    ReplyDelete