Thursday 25 July 2013

➨ Nuzul Quran ★ Jumaat ☆ 17 Ramadhan 1434 H




...: Bismillahirahmanirahim :...

Salam Ramadhan.
Salam Ju,u'ah yang penuh barakah.
Selamat menyambut Nuzul Quran.

Memandangkan hari merupakan hari Nuzul Quran, disini ingin sy kongsikan sedikit info berkenaan nuzul Quran. moga bermanfaat buat kita semua ツ




Nuzul Al-Quran

 
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
 


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
 
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Sumber : JAKIM

ღ♡ღ Wassalam ღ♡ღ 



Sunday 21 July 2013

Language Support Programme - III



...: Bismillahirahmanirahim :...
#SalamRamadhan.
am going to write bout LSP, or Language Support Programme.
In USIM we're compulsary to attend this LSP,
there are ALSP and ELSP, which stand for Arabic and English.
There are 3 LSP, we have to attend all the LSP,
0r else we've to repeat it..

okays, enough briefing little bit bot LSP,,
just wanna write bout what happend on our third ELSP..
huhuu..

since we're on holiday right now,
feeling like missing my buddies in USIM..
huhuu..
s0 wanna write bout them la.. heheh :P
This LSP was held last few weeks ago,
after we done with our final exam..
we start with ELSP, then ALSP..
The third more relaks rather than the other two LSP..
for the first day ELSP, in the morning we have talk,
then for the evening what we have to do just watching movie..
an english movie bout the whales, such a sad story :'(
very touching cause the child of the whales, called bam bam died ! T_T
 
Then, along the ELSP, everything we do relate to the movie we watch..
we've to make a proposal bout charity work, called Al-Abrar..
and a few other things, all of it just bout the charity...
Here few pic, our activity in class ELSP III
huhuu
The Sixth of us...


Here my art.. hahaa 

Our group arts.. hohoo

Full of consentration !!

This how we get the hand shape.. haha

Now my turns.. huhuu
We learn lots of things from this ELSP class,
especially with our lovely tutor,
wh0 teach us lots of things,
give awareness to us,
we not live in this world alone, Allah has create other creatures in this world so its our responsible as human to take care with what we live.

maybe lari sket dr ape yg madam ckp, my english not very good la,, hahaa
Gomen ! ~~"
as long ape yg madam ckp 2 smpai, maksud dy sama, lbey kurang ape yg madam bgtau tau.

For the Final Project ELSP III
we've to prepare for Al-Abrar Proposal,
proposal bout charity work,
any kind of charity doesnt matter,
just anything we can serve to our community.
we have to make a poster for this proposal.

Khusyuk buat poster.. huhuu ๑ˆ⌣ˆ๑

Inilah hasil nya! Poster yang berjaya kami design  ツ


0ur tutor very awesome!
sangat2 best dapat blaja dgn madam..
hope to see u again madam.
thank for teach us, even just few days,
we enjoyed learn from u..

here the pic with Madam, our tutor for ELSP,
for the last class of ELSP III
we love u madam ! ❤

Last class of ELSP III


Turn photographer msk gmbr .. ˆ⌣ˆ


Saturday 20 July 2013

ღ Fasa ke Dua Ramadhan ღ



...: Bismillahirahmanirahim :..

Salam Ramadhan.

Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa

Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami

Terjemahan perkataan :

اللَّهُمَّ  (Allahumma) – Ya Allah

إِنَّكَ  (innaka) – sesungguhnya engkau

عَفُوٌّ (‘afuuwun) – pemaaf

تُحِبُّ (tuhibbu) – menyukai

  العَفْوَ (al-’afwa) – kemaafaan

 فَاعْفُ (fa’fu) – maka maafkanlah

عَنَّا (‘annaa) Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).

Jom upgrade diri di fasa ke-2 ini...


Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa

Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami

Terjemahan perkataan :

اللَّهُمَّ  (Allahumma) – Ya Allah

إِنَّكَ  (innaka) – sesungguhnya engkau

عَفُوٌّ (‘afuuwun) – pemaaf

تُحِبُّ (tuhibbu) – menyukai

  العَفْوَ (al-’afwa) – kemaafaan

 فَاعْفُ (fa’fu) – maka maafkanlah

عَنَّا (‘annaa) – dari kami

Ayuhlah kaum muslimin dan muslimat sekalian, kita melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskannya pada malam 10 terakhir dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi.


Sekian.

 ღ♡ღ Wassalam  ღ♡ღ

Wednesday 17 July 2013

Tiga golongan yang akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia.




...: Bismillahirahmanirahim :...

Disini ingin saya kongsikan sedikit ilmu,,
sementara kita masih berada di bulan yang mulia ney,
eloklah kita sama-sama mendalami Islam,
mendalami tentang hukum2 islam.

Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

1. Orang yang gemuk tapi kurus

2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang

3. Orang yang alim tapi jahil"

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa 3 golongan manusia yang akan meneriama seksaan di Neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia ini. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula-mula penciptaan-Nya hingga ke berlaku hari kiamat .

Huraian untuk 3 golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Orang yang gemuk tapi kurus

Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?

Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesebukkan dalam majlis kenduri-kendara.

Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.

Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fadu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancung .

Kedua : Orang yang berpakaian tetapi telanjang

Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).

Sesuailah dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa wanita berpakain seksi tidak mencium bau syurga .Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian. ” (Hadis Riwayat Muslim)





Syarat-syarat pakaian menutup aurat bagi wanita :
Pada dasarnya seluruh bahan, model dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut

1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.

2. Tidak tipis dan tidak jarang.

3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidak
ketat)

4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.

5. Tidak berwarna-warni dan bermotif terlalu menjolok mata.Sebab pakaian yang menjolok mata akan mengundang perhatian laki-laki.

Ketiga : Orang yang alim tapi jahil.

Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal. Antaranya, mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu-individu tertentu atau kelompok-kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.

Selain itu, takut pada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu tersebut agak manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan kehidupan.

Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan yang diharamkan Allah SWT atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah SWT atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya maka ulama seperti ini amat dibenci oleh Allah SWT inilah yang dikatakan 'orang alim tetapi jahil'


Moga dengan perkongsian ini dapatlah kita sama2 menimba ilmu baru dan mengamalkannya,,
yg mana di tegah tu, eloklah dielakkan atau ditinggalkan..

Thats all for now..

chia0~

ღ♡ღ Wassalam ღ♡ღ

Tuesday 16 July 2013

MP3 D'Hearty ღ♡ღ


...: Bismillahirahmanirahim :...

Alhamdulillah, it has been a week since we enter the holy month, Ramadhan al-mubarak =D
Hope we will get blessed of this Ramadhan Kareem,
moga iman makin meningkat, akidah makin teguh.
Maybe there a few of readers think i'll be write bout Dehearty, a nasyeed group,,
0h! no, no, no...
am not going to talk bout that..
hohooo,
Act, MP3 nama glamour (heheh) for my school.
MP3 is shortform for Maahad Perempuan Pasir Pekan =)
Really miss my school ! >.<

MP3,,
a place where i gain knowledge,
where i learn bout islam,
with deep knowledge of Islam,
t0 live as a muslim,
accordance with Islamic foundation...
Last few days, ternampak post Badan Redaksi skoloah,,
omo~
rindunyerr kt MP3 !!
then truz pegi slongkar album Redaksi...
terrjumpa la gambo2 nim~








This the latest event held in MP3,,
forgot bout what event is this,,
but not teachers day,
Somekind of Majlis Mengenang Jasa or something like that la...

HukHuk!
Misssing them badly !
My sensei (teachers) and also my juniors~
mostly muka2 baru,, xknl dah....

Sekadar coretan untuk melepaskan rindu kt MP3 ♡
Mp3 tetap D'Hearty !

Thats all 4 now.. 
*tgh bersedih nim (haha)

chia0~

ღ♡ღ Wassalam ღ♡ღ


Sunday 14 July 2013

✉ Contengan Ramadhan ✉



...: Bismillahirahmanirahim :...

Alhamdulillah wa syukru Lillah,,
masih mampu menyedut oksigen dan menghembus karbon dioksida,,
( means still alive la~ )

Its already 6 Ramadhan !
Alhamdulillah still alive in this holy month,
giving chance by Allah Swt to worshipping him,,
in the most wonderfull month in a year !
#RamadhanKareem !
May this Ramdhan will bring lots of Barakah to all of us,,
blessed holy month, will bring victory to Muslims in Egypt,,
Lets pray for our muslims in Egypt....

Sekadar contengan Ramadhan,,
just wanna 'menconteng' something~

just renovate this blog,,
so, this the new look for " The Journey of Me "

amalan yang di galakkan di bulan yang mulia ney,,
of course la,,
banyakkan membaca Quran....

'Sharu Ramadhan' ,, the holy month, being mention in this holy Quran..


Selain tu di galakkan juga untuk baca buku2 agama...
actually,
wanna read " Contengan Jalanan " by Hlovate....
dah habis bace pn,,
just wanna read it again in this holy month,
cause its really give awereness to those read it !
Bukan sekadar contengan biasa,,
Contengan Jalanan,
Contengan yang meninggalkan kesan di hati pembaca !
Contengan yang menyentapkan !
Contengan yang menusuk ke jiwa !

Contengan Jalanan by Hlovate

Sebuah contengan yang membuatkan kita sedar,,
contengan yang membuatkan kita lebih menghargai Ramadhan,,
contengan yang mampu membakar semangat untuk pulun habis-habisan sume amalan bulan Ramdhan nie..

For those have read this novel,
i believe u know bout the elevent hour...
here the video that being mention by Hlovate in this novel,,
The Elevent Hour ......

“The man that decided to change on the 12th hours died at the 11th.”



Contengan mengenai The Elevent Hour :
Berkisarkan empat ahmad yang tinggal sebilik,,
Empat Ahmad yang bernama sama tetapi dengan berbeza personaliti.
Ahmad si ekstrem yang ekstrem islam macam gelaran nyer juga.
Ahmad aktivis MSA(Muslim Student Association) yang dorky dengan gaya antara nerd bercampur skema.
Ahmad si imigran dari pakistan yang loqlaq kalau ikut org utara.
Dan watak utamanya, Ahmad the Rebel yang kalo nak diikutkan,rase macam mewakili diri sendiri.

[ Cerita nie mengenai orang yang berubah.
Mahu berubah.Berubah sebelum ajal tiba.
Berubah kepada jalan cari Tuhan semula. Berubah kembali ke jalan-Nya sebelum the 11th hour. ]


“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” 

Sekian, Contengan Ramadhan,,

thats all for now...

chia0~

ღ♡ღ Wassalam ღ♡ღ

Wednesday 10 July 2013

(☞゚ヮ゚)☞ 10 kesalahan paling "HIT" ketika Ramadhan.



1➨ Tidak sahur.❀
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. ツ

2➨ Sahur terlalu awal ❀
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. ┻━┻

3➨ Terlebih tidur ❀
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah 💭. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4➨ Berbuka secara buffet sampai buncit   (-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩__-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩)
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5➨ Membazar hingga membazir ❀
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. 💸💸💸

6➨Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan ❀
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan  dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

7➨ Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr ❀❀❀
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari ✿⊱ laylatul Qadr. ✿⊱ Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! ❀

8➨ Puasa tapi tak solat. (╥.╥)
- pahala puasa pending,, sebab tak solat. Ayoyo!

9➨Sibuk beribadah, lupa cari ilmu ❀
-bulan Ramadan bulan Ilmu. ❥ Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. 🙀😾😡

➨ Gagal upgrade ❥ iman selepas lalui Ramadhan. ❀
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.




Ramadhan Kareem! ๑ˆ⌣ˆ๑
Selamat berpuasa
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! 💯✔

..❀◕ ‿ ◕❀....❀◕ ‿ ◕❀....❀◕ ‿ ◕❀....❀◕ ‿ ◕❀....❀◕ ‿ ◕❀......❀◕ ‿ ◕❀..