Saturday 17 August 2013

Firaun Moden . .




...: Bismillahirahmanirahim :...

Kemunculan Firaun moden hanyalah ulangan sejarah Firaun di zaman Nabi Musa

Tindakan ganas oleh regim pemimpin diktator General Abdel Fatah el-Sisi di Mesir dilakukan dengan nada sunyi yang memekakkan dari Amerika dan Israel lahir daripada kebimbangan mereka terhadap kebangkitan Gerakan Islam di Mesir dan kemunculan semula sistem khilafah yang telah berjaya dihapuskan pada tahun 1923 di Turki.

Ketakutan mereka ini mengingatkan kita kepada tindakan ganas dan kejam di era pemerintahan Firaun. Oleh kerana takut dan yakin akan munculnya seorang anak lelaki yang bakal menjatuhkan kerajaan mereka, lalu Firaun telah bertindak ganas terhadap mana-mana anak lelaki yang lahir dan terus mereka dibunuh.

Namun pembunuhan tersebut gagal menghalang lahir dan kemunculan Nabi Musa sehingga akhirnya Firaun dijatuhkan. Kini di dalam era moden ini, ketakutan itu muncul kembali.

Kalau Firaun dahulu hanya membunuh kanak- kanak lelaki, kini semua peringkat umur dibunuh kerana semua pihak menjadi penyumbang kepada kesedaran rakyat bagi mempertahankan pemimpin yang dipilih.

Nyata firaun moden lebih zalim dari firaun di era Nabi Musa. Firaun el-Sisi langsung tidak mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku. Halangan dan tindakan ganas akan pasti gagal seperti usaha menahan kemunculan 'Nabi Musa' di zaman dulu.

Tindakan ganas Firaun moden menghalang kemarahan rakyat dan kebencian akan diterjemahkan dengan kerelaan mereka untuk terus berjuang sehingga pimpinan pilihan rakyat Dr Mohamad Mursi kembali semula ke tampuk pemerintahan.

Kemunculan Nabi Musa telah mengubah landskap politik di sekitar Mesir, Jordan, Syria (Wilayah Sham). Kegilaan Firaun moden ini dijangka akan menyebabkan berlakunya satu perubahan besar senario politik Timur Tengah. Kebangkitan semula Islam inilah yang sangat ditakuti oleh rejim Firaun moden kini khususnya ketakutan oleh Amerika dan Israel.

Senyum.

Hasil Nukilan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man 





 ღ♡ღ Wassalam  ღ♡ღ



Friday 16 August 2013

Ρяαү°4°εgүpτ ╥.╥




...: Bismillahirahmanirahim :...


Cakna kah kita tentang isu ummat ?
Apa yang sedang menimpa saudara se-Islam kita ?
Apa yang sedang berlaku pada dunia hari ini ?
Atau masih leka dengan kemeriahan menyambut syawal?

Pray for Egypt !


Kata bunkface "anugerah syawal seindah Ramadhan"
Tapi bagi umat Islam di mesir, syawal ini membawa seribu keperitan buat mereka.
Bagi yang dahagakan syuhadaa' inilah masa buat mereka bangun mempertahankan Islam,
Mesir sedang bergolak,
apa yang lebih memeranjatkan adalah bukanlah pihak luar yang menyerang mesir,
tetapi pihak pemerintah sendiri yang tegar membunuh rakyatnya sendiri...

Allah
Allah
Allah !

7 Syawal yang menyaksikan peristiwa berdarah buat penduduk Mesir !
Kezaliman yang amat dahsyat oelh as-sisi laknatulah!

Puak penyokong Mursi, Allah menjanjikan syuhada' bg yang syahid memperjuangkan kebenaran.

Moga kebenaran berpihak yang benar,
Bersabarlah, janji Allah itu pasti !

Ya Allah, sebagai mana tentera abrahah di hancurkan oleh burung Ababil atas pertolongan-Mu,
Bantulah umat Islam di Mesir, Syria, Gaza & Rohingya,
Moga Islam bakal tertegak di bumi-Mu ini.

InsyaAllah.

‪#‎pray4Egypt‬!


ღ♡ღ Wassalam ღ♡ღ 





Saturday 10 August 2013

ღ♡ღ Salam Aidilfitri ღ♡ღ



..: Bismillahirahmanirahim :..

Subhanallah, Maha suci Allah,
masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini.

Salam Aidilfitri buat rakan-rakan blogger,
agak terlewat sket, but still in mood raya, so its ok i think.. hee
setelah lama ditinggal kn,
kemalasan melanda untuk menghapdet blog ney, haha
malaih nk menaip, ade rase nk share p malas la pulok.. =='

Tetiba rase rajin lak nk menaip pg ney.. hehe

Buat rakan-rakan, Selamat menyambut Aidilfitri,
maafkn segala kekhilafan diri yang hina ini,
salah silap minta maaf byk2, halal kn mkn mnum den ye.. s0b3 :'(
Special poster raye for my classmate,
simple ja, xtau nk wt style ape, last2 jd cmnie..
hehe...
my classmate sem,1 & sem,2 BQB.1 ( Be Quiet Band ) yang sangat 0sem!
Best dpt skelas ngn korg...
setahun berlalu harapnye persahabatan yg dibina kerana Allah kekal,
n' harap truz skelas di sem depan...

Salam Aidilfitri from BQB.1 (QMians)

Thats all for now,
wishing u olls salam Aidilfitri,
have fun,
moga ibadah kita di terima Allah,
Sambutlah syawal dengan penuh kesederhanaan, moga di Redhai-Nya..

ღ♡ღ Wassalam ღ♡ღ