Tuesday 17 December 2013

ღ Wahai Hawa ღ



...: Bismillahirahmanirahim :...




Soalan buatmu hawa & jawapan buat soalan hawa 

.....
Mula2 pandang kanan , awek free hair . Baju sendat . Vogue .

Pastu pusing kiri , awek shawl kelabu bak hana tajima . Tudung singkat dada terdedah . Gorgeous .

Sekarang tengok depan pulak , awek legging rambut rebonding lurus macam pembaris . Baju lengan pendek . Stylo .

Last2 toleh ke belakang, awek skinny dengan blouse atas punggung . Tak bertudung rambut brown macam mat saleh . Heels 4 inci . Wow .

***

Satu soalan buat hawa , memang itu ke yang korang nak ? Berfesyen tanpa meletakkan agama di depan ? Fesyen didahulukan , agama dikemudiankan ?

Satu soalan lagi buat hawa , selesa ke dengan penampilan sebegitu ? Menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang ? Segenap tubuh diratah mata manusia ?

Soalan bertalu2 buat hawa , apa tujuan korang berpakaian sedemikian ? Mahu tampak gah di kalangan teman2 ? Sentiasa di atas ? Lepas tu apa ? Riak ? Takbur ? Bangga ?

Satu soalan lagi buat hawa , adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno ? Adakah dengan fesyen lilit2 shawl singkat nampak dada akan jadikan kalian seorang yang up-to-date ? Nahh~

Satu soalan buat hawa , adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang ? Akan menjadikan korang hodoh ? Nampak kecundang dalam dunia moden ?

Dan soalan last buat hawa , kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan ? Tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas ?





Jom baca ni ;

Jawapan buat soalan hawa , seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup .

Satu jawapan daripada soalan buat hawa , kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya . Allahuakbar !

Satu jawapan buat soalan hawa , kecantikan si hawa yang menutup aurat dengan sempurna takkan dapat ditandingi oleh yang lain . Cantik , cun , ayu , dan sopan . Apa lagi yang kalian nak ?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj . Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan . Maka , bersederhanalah wahai sayangku hawa !~

Ingatlah , "sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu , kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada di antara kamu dengan penciptamu , Allah s.w.t ..

Allahu Allah .
Jom capai redha Allah ...




ღ♡ღ Wassalam ღ♡ღ