Monday 21 April 2014

Antara Amanah dan Tanggungjawab.



…: Bismillahirahmanirahim :…


Amanah yang terpikul, tanggungjawab yang digalas.
Amanah jawatan yang disandang, tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Antara keduanya perlukan masa.
Masa yang seharusnya dibahagi sama rata.
Mungkin ada yang mengatakan study is our priority.
Yes. Its true. Our aim enter University is to study,
but not just study in class or lecture.

Amanah yang diterpikul di bahu tetap perlu diberi keutamaan.
Amanah diberi untuk dilaksanakan sebaik mungkin.
Tanggungjawab yang digalas perlu diuruskan sebaik mungkin.
Belajar bukan hanya di dalam kelas dan kuliah semata.
banyak ilmu yang dapat kita grab di luar kelas dan kuliah.

Alam Universiti sememangnya alam yang penuh dugaan dan cabaran,
Alam U adalah masa untuk kita menimba ilmu dari pengalaman.
Pengalaman perlu dicari, bukan hanya duduk mendengar syarahan pensyarah semata.
Amanah yang terpikul, jawatan yang disandang, merupakan KI,
kemahiran Insaniah, yang hanya diperoleh oleh sesiapa yang aktif di luar kelas.
KI amat penting untuk kehidupan kita setelah keluar dari U menempuh alam pekerjaan.
Kemahiran Insaniah mencakupi kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan masyarakat,
segala kemahiran, pengalaman ini sememangnya sangat penting untuk kita.

Soft Skills.
How to communicate with others.
How to get close with someone we don’t know.
How to start a conversation with someone we just know.
How to prepare to meet important person.
All this we need to know before we live real life.

Kehidupan sebenar yang bakal ditempuhi setelah keluar dari Universiti.
Aktif berpersatuan amat penting, pengalaman yang diperoleh tidak dapat dipelajari.
Yang penting perlu tahu menyeimbangkan antara pelajaran dan aktiviti lain.
As for me,
maybe am quite busy, quite active maybe.
But am not a person yang boleh dijadikan contoh.
memang tak boleh jadi contoh. Erk.

Terkadang terdetik rasa,
am not sure what kind of feeling are this,
rasa something,
orang lain gigih study, struggle for upcoming mid term,
while am busy with other thing.
Rasa terkilan mungkin.
Terkilan diri tak study saat yang lain tgh struggle btl2.
Tapi diri ni sibuk menyelesaikan pelbagai kerja yang mendatang.
Especially tengah sem macam ni makin busy,
makin banyak kerja yang perlu diselesaikan,
persediaan untuk program yang bakal dilaksanakan.


Time management really important!
Really is !
Believe me. If u fail to managed ur time well u’ll lost.
Lost . Have no idea what to do. With study, with ur activity.
Untuk laksanakan amanah memang perlukan pengorbanan,
pengorbanan masa yang perlu berbelah bagi,
Jika orang lain menggunakan 100% masa untuk study,
Kita perlu bahagikan masa 50% untuk study,
dan 50% lagi untuk jalankan amanah yang terpikul.

Jangan pernah rasa menyesal untuk segala amanah yang terpikul,
Jangan menyesal untuk pegang  jawatan kerana kita ditakdirkan untuk itu.
Percaya atau tidak, Allah yang takdirkan kita atas segala  Jawatan yang terpikul.
Allah menggerakkan hati rakan kita untuk mencalonkan nama kita untuk sesuatu jawatan.
Setiap sesuatu itu berlaku dengan izin-Nya.

Jika Allah dah takdirkan kita untuk menggalas amanah tersebut mengapa kita perlu menidakkannya?
Menidakkannya dengan mengatakan diri tidak mampu?
Allah tahu kita mampu, Allah tahu kita kuat untuk semua tanggungjawab dan mampu menjalankan amanah tersebut sebaik mungkin.
Amanah yang terpikul, Jalankan dengan baik, sebaik yang kita mampu buat.
Tanggungjawab yang digalas, lakukan dengan baik sebaik mungkin yang boleh.
Susun jadual dengan baik,
yang mana lebih penting give priority for it,
but doesn’t mean u can put another thing aside.
Just do the important thing first.
Belajar penting, kerja yang sememangnya terpikul juga perlu dilaksanakan.
Bukan untuk mencari pengalaman semata,
Juga sebagai saham di akhirat.

Just remember one thing,
Niatkan segala benda yang kita lakukan ‘Lillahi Taala’
Bila kita buat sesuatu kerana Allah,
Demi ummah, Allah akan memberi pertolongan,
Percayalah InsyaAllah Allah akan pemudahan segala urusan kita,
Sama ada dalam pembelajaran atau kerja-kerja luar,
as long as it still in syariah compliance.
Hidup ini bukan nak kejar pointer semata.
Tolonglah, tolong betulkan niat belajar, menuntut ilmu kerana Allah.
Yang penting ilmu yang disampaikan masuk ke dalam dada, berbekas di hati.

Belajar bersungguh-sungguh jangan leka dengan benda lain,
Jalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya,
InsyaAllah jika betul-betul jaga amanah yang terpikul,
dan jaga tanggungjawab sebagai seorang pelajar,
InsyaAllah pointer juga akan OK.
Banyakkan berdoa, memohon pertolongan-Nya,
Moga Allah meredhai setiap yang kita lakukan.


.❀◕ ‿ ◕❀..❀◕ ‿ ◕❀..❀◕ ‿ ◕❀..❀◕ ‿ ◕❀. .❀◕ ‿ ◕❀..❀◕ ‿ ◕❀..❀◕ ‿ ◕❀.


Terima Kasih meluangkan masa membaca entry yang sangat panjang nie.
Maaf atas segala kekurangan.
May Allah ease all of us.
May Allah Bless.
All the best for upcoming mid term.


Wassalam





No comments:

Post a Comment