Tuesday 14 May 2013

Hari Nakbah


...: Bismillahirahmanirahim :...

Dalam kesibukan di akhir sem ney,
dengan assignment yang bertimbun,
Quiz yang mendatang satu persatu,
Preparation untuk Final Exam,,
Cakna kah kita tentang isu semasa?

15 Mei ....
Apa ada pada tarikh ini?
Sebagai seorang mahasiswa mahupun mahasiswi,
kita sepatutnya cakna terhadap isu di sekeliling..
Walau sesibuk mana pun kita dengan kehidupan kampus,
Ruang lingkup tidak seharusnya terbatas dalam Universiti sahaja.
Seorang yang cakna tentang isu semasa akan tahu tentang sesuatu perkara,
semestinya dia dapat membezakan tentang kesahihan sesuatu info..

Berbalik pada tarikh diatas,,
15 Mei telah mencatatkan sejarah hitam dalam diri penduduk bumi palestine..
Tarikh ini di kenali sebagai Hari Nakbah.



NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara terancang dengan bantuan British dan PBB.

Inilah Palestin. Tanah saudara kita yang tidak pernah henti dari titisan darah dan tidak pernah sunyi dari deru semangat juang. Sungguh, mereka tidak jauh. Malah mereka dekat. Umpama jiran, kerana Palestin berada di Benua Asia. 

Ya, selama 65 tahun mereka dijajah. Namun kini mereka tidak lagi berjuang sendirian. Umat Islam di seluruh dunia semakin terbuka mata dan sedia untuk membantu. Dimulai dengan negara Turki diikuti dengan negara lain, kini Malaysia pula yang menyahut seruan perjuangan ; untuk bersama Palestin. Bantuan dan rombongan kemanusiaan dihantar dari masa ke masa, dalam menyatakan sokongan pembebasan negara kiblat pertama umat ini.

Islamlah yang tertinggi, tiada yang tinggi selainnya. Pembebasan buat tanah barakah itu pasti. Cuma, adakah tangan-tangan dan jiwa kita membantu ke arah pembebasan bumi al-Quds itu ?

Berbanggalah jika anda sudah menjadi salah seorang manusia yang membenarkan hadith Rasul saw ; "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)


Moga Bumi Palestine sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan-Nya Yang Maha Esa.
InsyaAllah, sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan bumi Palestine.

That all for now~

chia0~
ღ♡ღ Wassalam ღ♡ღ


No comments:

Post a Comment